Thursday 26 January 2012

tolong pergi jauh jauh dugaan.


baru sekarang aku rasa nak taip menaip di blog kesayangan aku. kekuatan aku semakin hari semakin lemah. mana pergi nya aku yang dahulu?

seminggu di  miri , seminggu ni juga aku terlantar dalam bilik kesayangan. entah apa lagi yang mengganggu.entah apa lagi sakit yang di hadapi.sakit nya bukan kepalang. tilam yang aku baring pun rasa macam tak ada kesan.LANGSUNG.aku menaip aku cerita bukan mencari simpati bukan nak tadah belas kasihan. tapi hati aku dah sarat dengan air mata yang lama aku kumpulkan dalam hati. setiap malam aku cuma mampu menangis. bukan aku tak mampu terima dugaan yang  sarat aku hadapi. tapi aku lemah . aku rindu kan diri aku yang ceria. yang dapat buat kerja . bukan terlantar macam ni. bukan hidup berlandaskan ubat ubatan.bukan itu yang aku ingin kan.


mungkin ini masa nya aku cakap aku tabah tapi kadang aku lemah.
aku manusia dan aku tak lari dari semua.
bapak cakap : jangan berhenti berdoa. 
mak cakap : jangan buat kerja , biar mak yang buat.
kakak cakap : baring dalam bilik. berehat.
abang lagi cakap : susu dah minum pagi ? sebelum tidur ? air suam macam mana ?
kawan kawan cakap : balik lagi , kami rindu. jaga kesihatan, kak lyea tak sihat ,kami tahu itu.

aku tekan kan banyak kali . aku sihat aku sihat .cuma demam atau sakit biasa. 
tapi
kalau sakit biasa tak akan aku berdiri 5 minit pun aku boleh terduduk ? 
kalau aku sihat kenapa aku perlu menangis setiap malam bila sakit nya hanya aku yang merasa.
kenapa aku rasa lemah kenapa aku rasa langkah aku semakin longlai tak berdaya.

aku rindukan aku yang dahulu. sungguh. tapi ini mungkin ujian nya. aku akur .

tapi jangan risau . aku masih ada. aku masih mampu tersenyum lebar.








Wednesday 25 January 2012

;)




“Setiap. Orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yanh pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.

Monday 16 January 2012

hargai masa ;)


bukan senang untuk kita lupa orang yang kita sayang.
bukan senang juga untuk lupa orang yang betul betul kita tak boleh nak lupa.

entri aku kali ni bukan la pasal  lelaki .ok ? aku tak berminat nak kupas hal macam tu dh. umur dh meningkat fikiran pun kena ditingkat kan juga. kali ni aku nak kupas tentang masa. tentang insan yang penting juga dalam hidup kita. kawan . ya tentang kawan ;)


alhamdulillah kehidupan aku kembali stabil walaupun pada mula nya goyah .
sakit hilang kawan lebih sakit lagi hilang boyfriend . kalau putus cintan cintun aku payah la sangat nak menangis.
seriously tengok cerita sedih pun aku tak ada effect. tapi kalau bab macam ni . dengan tak segan silu nya, sebaldi pun boleh aku menangis. aku jenis sayang sangat dengan persahabatan lagi lagi bila memang dah rapat tahap gaban.tuhan saja yang tahu . ya hanya Allah S.W.T maha mengetahui.

senyuman aku sampai ke pipi pun tak semesti nya dalaman aku ikut tersenyum. aku cuma ikut rentak kehidupan. sabar selagi aku masih dapat bersabar ,akan bertahan selagi aku masih mampu bertahan ;) tipu kalau aku cakap aku tak rindu .aku rindu setiap masa yang ada dengan sahabat yang pernah rapat satu masa dahulu dengan aku.tapi atas keputusan dia dan apa yang terbaik untuk dia. aku ikut rentak dia. bukan sebab aku tak sayang persahabatan aku dan dia. tersangat la aku sayang. tapi kita sendiri sedia maklum di mana bermula nya sebuah pertemuan pasti akan hadir nya perpisahan :').

buat insan yang aku gelar sahabat dunia akhirat ,

masa mungkin kita tak dapat nak putar balik. tapi aku harap kau baik baik sahaja. di sana. yang penting kau jaga kesihatan kau . kau jaga diri kau. mungkin tiada aku lagi untuk ingat kan kau , mungkin tiada aku lagi tempat untuk kau luah segala nya .tapi kau jangan lemah . kau harus tabah . aku sentiasa doa yang terbaik untuk kau.aku sayang kan kau dan mana mungkin ada yang ganti tempat kau yang aku gelar kembar dunia akhirat aku. pada mula nya memang aku tersentak bila kau cakap kau tak nak ada connection dengan aku lagi. macam mana pun sikap kau aku tak pernah terfikir mahupun terdetik nak tinggalkan kau. yang ada dalam fikiran aku , aku terima sikap kau apa ada nya dan aku tak kan pernah tinggalkan kau. aku tak nak kau keseorangan.tapi mungkin kehidupan kau akan lebih baik tanpa aku. mungkin. hidup perlukan perubahan dan perubahan itu adalah dengan ketiadaan nya aku. aku pernah rasa kehilangan . dulu aku kehilangan seseorang yang aku gelar taman . dan sakit hilang nya dia memang bukan kepalang. dan kini ya aku kehilangan lagi. aku lemah tapi aku cuba angkat lagi . bangun lagi . 

kadang kadang kita terpaksa kehilangan insan yang kita sayang bukan kerana kita ingin kan perpisahan .
kerana kita mesti di ajar dengan erti ketabahan . kerana kita manusia . satu saat kita pasti pergi juga.
dan aku ? aku masih bertahan selagi aku mampu bertahan . walaupun penyakit aku dah mula sebati dalam diri aku. dah banyak perubahan dalam diri aku yang aku sedar tapi aku malas nak ambil kisah. aku juga rindu diri aku yang sebelum nya. tak payah nak control pemakanan , boleh buat kerja heavy , tahan dengan cuaca tapi kini tidak lagi. last check up dengan doktor dan bulan 3 aku akan dating lagi dengan doktor, sumpah aku dah mula rasa bosan --'

berbalik kepada entri asal.

hargai setiap detik yang kita ada kerana kita tak tahu bila ketiadaan apa yang kita sayang.
kalau di putar balik pun tak akan sama macam yang sebelum nya.
tutup mata lupakan kesakitan kesedihan yang ada.
dan percaya lah..

"setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebalik nya ".



Monday 9 January 2012

syukur ,ALHAMDULILLAH.


salam semua nya. lama sungguh tak update blog. nak touch up dia apatah la lagi. berbalik kepada title.oh manyak senang hati saya. macam hati bunga bunga. bukan sebab apa ok ?
sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb..

saya akhir nya sudah bergelar USU LYEA. ! sebelum ni kesian jadi usu untuk anak cousin je.ni lah anak buah lyea yang pertama .happy memang tak terkata bila abang saya ke dua call pada malam jumaat , n cakap abg yon (gelaran untuk abang yang pertama) selamat menjadi bapa. syukur alhamdulillah. kalau dekat masa tu memang taktahu la macam mana .. walaupun kesian dekat abang yon sebab dia tiada masa my sis law melahirkan ..sebab atas dasar kerja..tapi its okay abg yon.. syukur alhamdulillah semua nya selamat & syukur juga my sis in law selamat . 

ni antara sebab lyea tak sabar nak balik..

MUHAMAD NASEEM HARITH BIN MUHAMAD NAZRUL..


" jadilah anak yang berguna , soleh dan taat kepada ibu bapa ,baik bukan dari segi nama tapi perlakuan juga syukur alhamdulillah sebab lahir nya our prince naseem dalam generasi yang ketiga .. semoga semua nya di permudahkan . amin ya rabbal alamin "

oh nanti kan kepulangan usu okay ? nanti usu sayang harith puas puas. he looks so cute.. tak sabar nya --'

nak tengok gambar hero baru lyea tak ? jum jum.







huaaaaaaaaaa. makin tengok makin rasa nak balik..cute kan ? hehe.

oh akhir kata. syukur alhamdulillah di atas semua nya .

i love u so much my new lover muhamad naseem harith bin muhamad nazrul ;D

p/s :kakak saya dan abang saya yang sorang tu bila la lagi?:P