Thursday 14 April 2011

jangan salahkan masa lalu.

Assalamualaikum pembuka blog untuk hari ini :)

ahaaa. HARI ini. MALAM ini lyea nak balik ke masa lalu . bukan masa lalu yang dark sangat pun la . lyea banyak observe zaman sekarang . ramai bila dah break mula lah salahkan satu sama lain. tak boleh macam tu . JODOH PERTEMUAN di tangan ALLAH S.W.T . memang kita yang merancang setiap apa yang  kita ingini, tapi yang menentukan nya semua kerja tuhan :)

nak tahu kenapa ? ni pandangan lyea je yahh . 


1.Jangan sesekali salahkan ex anda kerana 
jangan lupa setiap orang tak lari dari melakukan kesalahan .

 tak ada yang sempurna . kalau ada yang sempurna , memang lyea salute manusia jenis macam tu. 
jangan hanya menuding jari dekat sebelah pihak saje ye. renungi dan imbas kembali saat kamu bersama dia dahulu. tak salah mengenang .. pasti ada juga kesilapan yang anda lakukan secara sengaja mahupun tidak.


2. Jangan sesekali terbitkan perasaan benci menyampah atau apa sahaja perasaan yang mengundang rasa yang memang tidak elok untuk dirasai ler
. haha . KERANA anda jangan lupa satu masa dahulu orang yang anda benci sangat2 tu orang tu jugak yang korang dok belai dok sayang masa dahulu. haaa . 
orang yang korang bencik tu juga lahhh yang pernah buat anda rasa BAHAGIA, KETAWA dan GEMBIRA.


3.jangan sesekali burukkan masa lalu anda depan kawan anda ataupun KEKASIH baru anda.

 kerana anda mungkin tak tahu ye lahh tak kan anda nak buang masa ambil tahu kan apa yang ex anda lalui sebenarnya . 
kenapa lyea macam ni ?
sebab dok syiok korangg buruk kan ex korang.
mungkin korang tak tahu yang ex korang masih lagi sanjung korang.
masih lagi tutup kesalahan korang walaupun korang dah 
dok cerita keburukan dia sana sini. tapi dia masih lagi cover .
nahhhh . dosa siapa yang dapat .korang jugak kan ?
jangan tengok dekat negative side sahaja.


4. Jangan meyumpah atau memaki hamun ex korang
sebab korang jangan lahh termakan kata-kata sendiri.
kenapa lyea cakap macam ni.
orang yang korang sumpah tu.
orang tu jugak yang pernah korang taburkan dengan kata-kata sayang .love u dan bla bla.
kenapa dulu ayat manis ,tapi sekarang sumpah seranah yang korang lemparkan ??

5. Jangan putuskan tali  persahabatan bila dah break .

haaa. adalah lebih baik berkawan. memang lah sakit tu belum dapat hilang. tapi belajar lahh  untuk menerima kembali sebagai kawan .ambil masa. itu guna nya masa .dulu sebelum couple tu anda berkawan juga dahulu bukan ? kenapa perlu buat tak kenal lepas tu sedangkan masa couple korang serasi bersama.

6.belajar menghargai masa lalu anda dan terima dengan redha .

sekali lagi lyea tekan kan . tak perlulah korang buang masa sakitkan hati korang sendiri simpan perasaan benci simpan perasaan dendam . 
tak ada faedah . langsung tak ada faedah yang korang dapat.
sebalik nya korang hargailah masa lalu korang.
dan berterima kasih lah dengan dia sebab dah cuba yang terbaik untuk korang.
jadi tak kan ada hati yang terluka .
belajar juga memahami perasaan orang .
orang lain juga pernah merasa terluka.
jangan gara-gara ego yang tinggi .
korang abaikan perasaan yang pernah hadir dalam diri korang .
so ,

"JANGAN SESEKALI SALAH KAN MASA LALU ANDA" :)



Tuesday 12 April 2011

akur ;)

heyyy . sad mode activated. tapi adalah lebih baik berdiam diri . kerana yakin setiap masalah pasti ada penyelesaian nya . am i right ?

pengalaman lebih banyak mengajar saya erti ketabahan. erti kesabaran . biarkan lah orang cakap saya lebih banyak berdiam & mengalah . memang itu saya . dan saya akui itu sebahagian besar kelemahan saya . tiada yang sempurna. walaupun dia punyai kuasa yang luar biasa. dia tetap manusia. tiada siapa yang lebih berkuasa dari yang Maha Esa. ingat itu sahaja .

apa yang penting bagi saya. dugaan akan datang bila bila masa sama ada kita suka mahupun tidak. 
kamu elak kamu lari ia tetap datang meghampiri.
percayalah.
kerana Allah S.W.T sentiasa memberikan ujian untuk melihat adakah kita berjaya menghadapi setiap ujian Nya dengan berjaya.

mungkin tiada titisan air mata yang anda dapat lihat menitis jatuh.
tapi yakinlah air mata saya banyak menitis di segenap hati saya.
apabila saya sedih .saya kecewa .
cuma bila tak tertahan mungkin anda dapat melihat titisan itu ada menuruni pipi saya.
kerana saya sentiasa mengingatkan diri saya.
tabah untuk setiap dugaan yang ada.
bukan saya berpura-pura.
tidak sama sekali.
masih terdetik di hati saya.
masih segar di ingatan saya.
kata-kata 2 insan yang pernah menyapa halwa telinga saya.
kata-kata sahabat baik saya , nursuyati
" aku x setabah kau "
dan kata kak ezzah ,waktu semester pertama.
" kakak respect , walaupun lyea lagging.tapi lyea tabah"
terima kasih untuk itu semua.
bukan atas dasar mahukan pujian.
tapi selemah apa pun kita.
belajarlah untuk bangkit semula.
jangan bazirkan air mata.
air mata tidak menjamin apa-apa
jangan kotorkan hati dengan perasaan benci.
jangan binasakan mulut dengan sumpah seranah yang hanya menyakit telinga yang mendengar.
tapi......
diam dan bisik kan dalam hati..
"biarlah . mulut orang,lambat laun diam juga mereka ":)

bagi saya.adalah lebih baik memendam daripada  menceritakan semua kisah suka duka terhadap semua yang ada.
kerana saya sedar.semua juga mengalami perkara yang sama.
kerana ada pepatah mengatakan 

"orang hanya tahu bercakap , tapi tidak  pada yang merasa kesakitan nya"
jelas bukan ?

jadi diam+sabar+akur+doa=tawakal.


dan untuk dia. 
kalau memang benar bukan jodoh kita. terima dengan hati terbuka.
percayalah Allah S.W.T sentiasa inginkan yang terbaik buat kita.
jangan disesali sebuah pertemuan.
jangan di tangisi sebuah perpisahan .
jangan disalahkan hadirnya perasaan sayang.
walaupun hanya sementara
kerana 
Allah punya alasan untuk itu semua.
percaya lah.

"setiap apa yang terjadi,punya hikmah nya yang tersendiri "


wanna share something precious ;)

hey. i'm back :)

wanna share something.

i have twin .XCAYAK ?? bena sik cayak ?? memang lah bukan twin sebenar .tapi ada rupa. sik percayak ? mok tauk "kenak","pahal" , "why"aku tggah nya twin ? :D lets check it out !!



INTRO DAHULU YER !! :)



AHAAA. there she is .

amoi chantek tok. nama nya AINUR ZAHRA BY YAAKUB .
dari sarikei nun asalnya .
aku tua kita lah dr nya. tua sebulan jak. x lamak ne pun. p aku sajaaa jak asa dirik tua ** mala lah padah tulah . p sik juak datang tulah2 ya. hehe :)
relationship status nya ? jangan takrg mimpi jangan takrang berangan .
banyak ne pun ommude try mok ambek atie twin aku.
si boyak lingga juak yang berjaya. wa tabik sama lu boyak. bukan sebarang boyak ko james.
p ingattt. jaga twin ku bebena, kau ku SMASH lak !!

AHAAA. mesti maok tauk nak pahal aku tggh nya twin aku. ** ntah ada sik org baca tok. HAHAHAH !!


TOK ku kongsi rahsia an tkrg.. dekat2ckit tkrg. hahah :P

ehh before ku cta. ku show show lok gambar mek 2 . haha lak lok cta.ilek baaa. minum lok kopi d idang ku ya. hahaha :P



** on my birthday . twin pasti selalu ada !! ;)



** Nahhhh, sampe lam toilet pun sama ! HAHA.


** sama AJK :) dh dapat tanga2 kan ketwinan mek 2 :)





ehhh ada gik ada gik :)


**masa bergila :D


** yess. dia juga roomate saya !!


** ahaa lihat cara pemakaian :) nahhhhh. abaikan yang di tengah :)




the latest one !!




ha'ah :) dah tahu rasa nya kan kenapa di panggil twin. sini sana aku always dengan dia ! dalam bilik sama. apa-apa mesti sama :) aku mmg sayang twin aku sangat2 !!:) tak kisah lah ramai yang xsuka dia ka anti dia ka. janji aku tahu aku kenal siapa dia. alaaaa manusia takda yang perfect, kau ingat kau perfect sangat nak menilai kelemahan orang lain. ? tak kan ? jadi diam saja. shut your fuck up people.

** rasa berat hati sangat, sebab ni tahun terakhir dia di kolej. orang cakap 
"tanpa pertemuan tak kan ada perpisahan". 
aaa aku tahu aku sedar tapi tipu kalau tak rasa apa2. tapi yelah dah adat resam kehidupan macam tu. terima je laa :) yang penting. hati sentiasa bersama .ingatan sentiasa di minda. ye tak ye jang ? always doakan kejayaan dia ! love u twin !


dear my twin. pesanan ringkas tapi harus anda baca yer.

thanks for everything,twin.
thanks a lot sbb sentiasa ada masa susah . masa senang.
masa gila pun dia ada gak. haha .
seorang twin yang baik.

jangan ambil peduli kata orang.
mereka hanya tahu sakitkan hati twin saya.
mereka yang sebenar buta hit.buta minda . menagata orang lebih.
tapi tak sedar kelemahan diri sendiri sini sana.
be strong okay untuk hari-hari yang mendatang.

thanks sebab faham keadaan saya always.
sorry mun terkasar bahasa terlebih gurau and bla bla bla. 
sama ada di sengajakan atau tidak.
mintak maaf ampun banyak-banyak.
sikda niat mok nyakit hati .
sorry okay :)


mahu twin saya tahu yang saya sayang twin saya sangat-sangat.
sayang twin saya ketat-ketat.
nanti bila dah jauh.jangan lupa saya ,okay ?
i will always pray the best things for you !! 


I LOVE YOU ! :)


LOTS OF LOVE :)

Monday 11 April 2011

muhasabah diri .

dugaan silih berganti . tak da yang lyea dapat buat melainkan berdoa ;)


haaa . lyea just copy & paste beberapa ayat yang buat hati kembali bersemangat ;)

antara nya....

"Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat."

"Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. "


"Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan."

"Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. "

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan"


"Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit"



"Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah"


"Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang."


;) senyum.




.






Thursday 7 April 2011

my top 6 :)

this is the time. before tok aku mala jak update pasal cinta hati. haha . lejuk bie yg** haha :P

what if this time aku mok cerita sal my other half too. people who always be there whenever up or down . people who wipe my tears when it's started  falling down . people who shine my life and make it brighter day by day.

and they are called 

"MY TRUE FRIEND"


she is the 1st one :)


yes. she is the one of my v.i.p :)


okay. let's get it started . her name is nursuyati binti zaidin. just called her chue.she's cute and of course adorable .please take note that i love her so much.
talking about our friendship ?
it's been 8 years i have been know her (if not mistaken) haha. what a long journey already isn't. we have reached the age of 20 and thanks to God. i still have her . 
alhamdulillah 
distance is not a big matter  for both of us.as long as we know how to take a good care of our friendship.It will be fine. believe me :)

and to her. a simple message for her. i hope you will read this one. :D

bestie .thanks for always be there whenever i need you.
 you are the best i ever had bestie :)
thanks for the joy that we shared.and thanks for the pain that u absorb .
when i was crying. you were there.lend your shoulder .
& i appreciate it so much.really do.
nobody can replaced you in my heart.
nobody can be a good as you are..
i will always pray the best for you.
AMIN :)


oke. move on to the next one !

heyy amoi shantek liao :)


aha. she is sakinah binti othman. my other half too. i love her smile . ;)

friend since 2007-present.

nothing much to say. she is so sweet !;)

iloveyou qienah !


......loading........




nice pose babe **

haha. okay okay. continue with my  girlfriends.

she is surini binti sidirman .

 she is kind of  a person who love to laugh.

and sometimes can be a bit sensitives.

so beware.

no matter what. i love her okay !:)




amoi saya yg sorang lagi nihhhhh..

aha. okay just called her nor for short.

nurnabila binti mohammed .

status: married.

ofcourse i love  her ;)


got two more. but i don't have picture of them .

sad mode**

azrin binti arbi.

siti aishah binti arnie.

i still love both of you okay .
xoxo


" i love our friendship"
so please don't break the chain ;)






Wednesday 6 April 2011

i'm full !

hola hola.

it' s thursday

:)

i'm feeling gooooooooooooooooooooooooooooooood :)

Monday 4 April 2011

hari ini selasa . alamak :)

assalamualaikum & selamat pagi blogger2 ! (elehhh tak banyak maner pun aku follow,HAHA ) 

pejam celik pejam celik hari ni hari selasa. ha'ah selasa. selasa ?

saat nie aku rasa kepala aku nak pecah dah. bom attack !

nak tahu kenapa ? aish . asrama kami ada anjur dinner untuk asrama pada sabtu nie. tema smart& funky ** aku lom lagiiii cari pakaian nie . sob2. dekat penview hotel( yang syok nyaa hotel,haha gelak lagi ) & aku salah seorang dari AJK asrama yang turut menjalankan event tu dan lebih menyedihkan nya aku pulak yang mereka pilih jadi setiausaha.. Position yang aku dok malas sangat. seriously cik habak hang ! mana nya tidak, before ni aku lebih happy laa di bagik position ajk persembahan , ajk peralatan tapi pernah gak jadi penolong ketua program untuk orientasi. tapi tu kira okayy tak lah perlu sangat menulis . cuma nak menghadap upper management .

untuk part kad jemputan bagi vip , ya aku yang buat . tapi sini best gak aku belajar benda baru .aku belajar pakai adobe photoshop(illustrator) yang di ajar oleh miss azie ,lecturer bagi course graphic design merangkap kakak angkat ku jugak. terimak kasih banyak banyak ! tak kan ku lupa jasa mu. (skema ayat )'
alhamdulillah, dengan berkat pengorbanan aku .weekend tu aku tak keluar lah . dok kurungkan diri dalam hostel . hahaha . semata-mata nak habis kan kerja. tapi takpa . perkara biasa =)

tapi tapi tapiiiiiiii. ada lagi kerja aku. buat aturcara majlis nak letak dekat setiap meja nanti . ke ba boom ! ni malam nie pulak aku buat. nasib baik yang buat list mintak donate p.a aku yang tolong buat . haha nasib baik aku ada p.a :) tapi yang pelik p.a aku mereka bagi lelaki . haha kini kuasa di tangan seorang perempuan ( gelak jahat) haha. nasib baik preslley markus ,budak sabah tu yang jadi p.a aku  =)

nak tambah kan lagi tekanan tahap siput cacing sotong kurita ..

nak tambah keletihan .. ada satu lagi aktiviti ni student lelaki yang anjurkan tapi mereka minta cooperate dari ajk perempuan jugak akan diadakan  pagi sebelum malam dinner tu adalah SUKANEKA !!!!!!. hahaa. best sangat lah tu. mesti macam jagung panggang aku malam dinner tu nanti kan ?

aha tak habis lagi . hari nie selasa . apa yang aku perlu buat untuk hari ini ?


** kelas .8.00 pagi - 10 pg, 3.00 ptg -5.00 ptg 

** pergi print untuk kad jemputan . tanya juga vip sama ada confirm @tidak.  sbb nak booking car park untuk mereka.

**practise untuk net ball pukul 5 .30  petang.
** rehat kejap. sambung buat aturcara.

** then pukul 9.00 malam . practise untuk peresmbahan AJK .bla bla. tarian siyottt.aku yang macam kayu . hahaha. sampai  pukul 10 malam .

then nasib baik. ada masa rehat untuk aku .
harap harap ler. kalau xda exercise lecturer bagi. beruntung aku. 
haha. tu jer . :D



bak kata orang sarawak kesayangan ku .MUPOK LOK :D
**aku dah lelah ngerepak tok.













done with the presentation.

yeah happy mode activated ;D

i know its just a simple presentation that made by me .

i choose " about me" as the title for my presentation.

its a simple . really simple . just 6 slide on it.

no matter how. i'm happy .its done .

and nothing to worried about anymore :D


Sunday 3 April 2011

my real dream .

HOLA HOLAAAAAAAAAAAAAAAAAA :)

 aku kembali merepak membebel tak sudah .

kali ni.. aku nak cerita sikit kat koranggg. boleh dikatakan COURSE yang aku ambik sekarang langsung bukan minat aku . langsung bukan kepakaran aku. punyalah subject math yang aku bangang tahap siput sedut . subject tu yang aku major ambil . apalah NASIB ....


sejujur nya bukan course itu yang aku mahu. bukan itu yang aku berkenan .. aku rasa fikiran aku lebih ke art & design . penulisan pasal sastera ,pasal edit edit memang aku suka ! bukan nak cakap apa . tapi aku rasa otak aku lebih kepada bidang yang macam tu berbanding kira-kira,matematik tu memang aku lembab.

ni sebenar nya profession yang aku berkenan sangat sangat :)


PHOTOGRAPHER 

nie yang aku dok suka sangat !! 

kalau aku dapat camera tu. aku snap sana snap sini .tapi kemahiran 
aku memang kurang sikit bab catch gambar nie. tapi aku teringin sangat nak ada yang amoi atas tu pegang tu.ilmu boleh dibelajar.
ye tak ye jang ?

ni camera yang aku ngidam.insyaAllah rezeki aku nnt .amin.....

CANON 500D 


aha ,satu lah profession aku berkenan. ni mmg ku suka sangat berkait bidang penulisab. berkait rapat bidang sastera ...



PENULIS NOVEL

amin amin. 

takpa :) mudahan salah satu ni nyangkut walaupun course aku ambil tak ada kena mengena dgn apa yang aku mahu.

rezeki sorang2... 



cinta dalam hati PART 2 . (made by me )

Setelah Najwa selesai menghabiskan sarapan pagi nya, Najwa bangkit dari tempat duduk nya dan berlalu meninggalkan kafeteria itu diiringi oleh Izzat menuju ke Fakulti Seni Persembahan yang terletak berhadapan dengan Fakulti Sains dan Perubatan.
“Izzat, dah siap tak tugasan yang Prof.Kamal bagi? “Soal Najwa.
“Tugasan yang mana pulak? Bila masa prof bagi tugasan?”Jawab Izzat sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Alaaaaaaaa , Izzat ni .Umur baru 20 tapi ingatan macam datuk sebelah rumah Najwa yang dekat Miri tu dah.Tugasan mengenai sejarah penulisan dari zaman Epik tu .Jumaat ni tau due date nya.Hari ni dah Rabu, Jumaat minggu lepas dah Prof Kamal bagi tugasan tu”. Balas Najwa.
“Patut pun Izzat tak tahu, Izzat tak hadir kuliah hari tu Kan? Najwa lupa nak bagi tahu Izzat pasal tugasan tu.Nanti Najwa fotostat kertas tugasan untuk Izzat ye. “.sambung Najwa kembali mengingati ketidakhadiran Izzat pada Jumaat lepas.
“Tapi...Izzat pergi mana masa tu? Arif cakap kat Najwa Izzat pergi Klinik. Selalu jugak Izzat ke klinik. Nak cakap Izzat demam sihat je Najwa tengok hari khamis tu.”
Izzat terdiam bisu .Najwa tak boleh tahu.Bisik Izzat di dalam hati.
“Kenapa tak jawab soalan Najwa?”Soal Najwa lagi bila Izzat sengaja menghiraukan pertanyaan Najwa.
“Eh tak lah, Izzat tak pergi Klinik. Izzat pergi farmasi je beli krim untuk muscle pain”. Izzat Cuba menafikan apa yang diperkatakan Arif, rakan sebiliknya.
“Kenapa Izzat macam sembunyikan sesuatu dari Najwa setiap kali Najwa persoalkan kenapa Izzat selalu pergi ke klinik? “.Soal Najwa seperti mengesyaki sesuatu.
“Takda papalah, Najwa.Izzat tak pernah tipu Najwa”.Balas Izzat lagi.
“Betul ni, Izzat? Jangan tipu Najwa. Izzat tu kawan baik Najwa.Najwa tak suka Izzat tipu Najwa.Ingat tu Amirul Izzat Bin Ahmad.Sekarang kita dah masuk semester akhir, Izzat. Kalau ada apa-apa jadi kat Izzat .Takda kawan lah Najwa nanti. Izzat pun tahukan budak perempuan dalam kelas kita tu bukan suka dengan Najwa pun gara-gara boyfriend mereka dok kacau Najwa. Najwa tak tahu apa apa pun. Tak pernah Najwa layan ”.cerita Najwa panjang lebar.
Izzat tunduk menganggukkan kepala.
“Saya hanya kawan bagi awak Ainatul Najwa? Tak kira siapa pun saya bagi awak, saya takkan biarkan awak keseorangan, Najwa.” Izzat bermonolog sendiri di dalam hati kecilnya sambil menarik nafas hampa.Asyik Najwa dan Izzat berbual, tanpa disedari mereka berdua sudah tiba di depan pintu bilik tutorial 7 bagi subjek Aspek Gaya Bahasa & Warisan Melayu.

cinta dalam hati PART 1 .

senyum“Najwa, BANGUN!” 
Suara nyaring faezah jelas kedengaran di segenap Blok asrama Gading. Namun najwa masih liat terbaring di atas katilnya, menghiraukan pekikan faezah yang sedang bersiap sedia  untuk ke kelas.
“Najwa, bangunlah lagi. Jam dah pukul 7 pagi ni, nanti awak lewat pula ke kelas.Awak tu kalau dah jumpa cermin bukan nak sekejap.Alahaii ayam pun pandai tidur balik tau” Gomel si Faezah.
Sememangnya gadis kecil molek dari Kuala Lumpur tu merupakan rakan sebilik Najwa dari semester pertama lagi dan sekarang mereka sudah berada di semester Akhir iaitu semester 5 cuma mereka dalam jurusan yang berbeza. Faezah mengambil Jurusan Rekaan Dalaman manakala Najwa mengambil jurusan Penulisan Lakon Layar bagi Seni Persembahan.
Mendengar saja jam dah pukul 7 pagi, Najwa segera bingkas dari katil, mencapai tuala di birai katil dan meluru terus ke bilik mandi.Bagi Najwa, angka 7 sudah akhir bagi nya walaupun kuliahnya bermula pukul 9 pagi. Perempuan katakan.  Nak memilih baju ke kelas dah ambil masa yang lama habis satu almari di selongkar, nak seterika tudung lagi di tambah pula dengan sedikit make up yang tidak terlalu heavy.Sebagai pelajar, penampilan harus sentiasa di jaga supaya imej seperti itu dibawa sehingga ke alam pekerjaan kelak.Itu salah satu prinsip Najwa. Tambahan pula, jarak dari asrama gading ke Fakulti Seni dan Rekaan bukan nya dekat jadi Najwa harus bangun awal setiap hari.
“Faezah, awak pergilah dulu ye .Kalau nak tunggu saya kang awak yang lewat pulak nanti”. Jelas Najwa yang baru selesai mandi.
Baiklah, saya pergi dulu lah cik najwa siput. Saya nak singgah cafeteria dulu. Main irama dangdut dah perut saya ni.” Gurau faezah ditambah pula dengan sifatnya yang memang suka menyakat.

 “Amboiiii, siput awak cakap saya.Tak elok tau. Baik awak pergi cepat, habis makanan di cafeteria nanti tak sempat lah awak nak hentikan irama dangdut awak tu “Najwa tersenyum sambil memilih pakaian nya untuk ke kelas.
 “Ye lah tu makcik.Bye! “.Lambai Faezah sebelum keluar meninggalkan Najwa.





Najwa segera memilih baju kurung jenis cotton bercorak bunga kecil kehijauan  di padankan pula dengan selendang kelabu  terbaru yang menjadi trend muslimah masa kini jelas sekali menampakkan ciri-ciri wanita melayu yang di miliki gadis kelahiran negeri Sarawak itu.Walaupun tampil dengan imej bertudung namun najwa bijak dari segi pemakaian agar sentiasa terserlah .Setelah setengah jam berkemas , Najwa lantas mengambil beg sandang hitam berisi pencil case ,dompet,Examanation Pad , nota kecil yang sentiasa di bawanya untuk mencatat perkara penting ,telefon bimbit nokia model C3  miliknya dan beberapa buah buku tebal mengenai  seni penulisan .Najwa segera memakai selipar bertumit  rendah dan berlalu meninggalkan blok asrama Gading itu.

“Hmm lapar lah pula, baik aku pergi cafeteria lah dulu .Jam pun masih awal ni” bisik Najwa di dalam hati sambil melihat jam di pergelangan tangan kanan nya yang baru menunjukkan angka 8.Najwa tiba-tiba menempekkan tapak tangan nya ke dahi seakan terlupa sesuatu. “Alaaa, Izzat! Lupa pulak aku dengan mamat tuh”.lantas tangan Najwa menyeluk ke dalam beg   untuk mengambil telefon nya.
“Assalamualaikum & Selamat Pagi Encik Amirul Izzat, anda dikehendaki pergi kafeteria sekarang juga.Jumpa di Sana, URGENT! Bye.”
 Punat “send” lantas di tekan.
Selang beberapa minit kemudian, “ku ingin kau tahu  ... diriku disini menanti diri mu ...” lagu nyanyian kumpulan Ungu tiba-tiba berkumandang menandakan ada pesanan ringkas masuk .Najwa segera membuka mesej yang terpapar nama Amirul Izzat di skrin telefon nya.
”Waalaikumsalam dan Selamat Pagi juga Cik Ainatul Najwa .Amboi, awal hari ni? Urgent? Kenapa, awak okay ke? Baiklah, saya on the way ke kafeteria ni.Jumpa awak di sana.Hati2 jalan tu, jatuh angkat sendiri.Bye”.
“Tak sudah nak menyakat aku, sabar je lah, Kau tunggu je lah nanti “. Dengus najwa dan terus melangkah menuju ke kafeteria.
Setibanya di kafeteria, Najwa memesan teh tarik dan nasi goreng ayam.Setelah selesai menjelaskan bayaran untuk dua menu itu, mata nya meliar mencari bangku kosong .Suasana Kafe pada pagi itu jelas riuh rendah dengan pelajar Universiti Teknologi Mara Shah Alam (Uitm) yang sedang khusyuk menjamah sarapan pagi sebelum sesi kuliah bermula.Najwa segera melabuhkan punggung nya dan menikmati sarapan pagi dengan berselera sekali. Selang beberapa minit kemudian ,Izzat datang  menghampiri najwa yang duduk di sudut yang agak jauh sedikit dari pelajar  lain.
“Ha’ah apa yang penting sangat tadi Cik Najwa oi, letih saya berlari tau gara-gara fikirkan hal urgent awak tu “.



 Izzat yang kelihatan tercungap-cungap  lantas terduduk bertentangan tempat duduk najwa.Amirul Izzat merupakan rakan baik  Najwa dan turut mengambil jurusan yang sama dengan Najwa.Lelaki yang bertubuh tinggi lampai berkulit sawo matang itu turut berasal dari Sarawak.Namun ,dalam diam Izzat menyimpan perasaan terhadap najwa semenjak semester pertama  tetapi tidak pernah punya keberanian untuk meluahkan isi hati nya memandangkan Najwa merupakan salah seorang gadis pujaan ramai lelaki di Universiti itu.Bimbang Najwa akan menjauhkan diri dari nya.
 Najwa segera ketawa menampakkan gigi taring yang menyerlahkan lagi senyuman nya.Memang kesian Izzat dikenakan nya.
” Hal urgent sangat lah tu  nak bagi suspen Izzat je. Najwa bawak Izzat breakfast je.Tu lah yang urgent sangat Tu. Hal hidup dan mati tu Izzat. Cepatlah order, hari ini najwa belanje .Mesti Izzat letih lepas berlari macam di kejar anjing je tadi.Takpa, Bukan selalukan.” Najwa tergelak lagi.


“Keluar lah tanduk setan atas kepala .Pandai dah kenakan Izzat, kalau Izzat jatuh ke pengsan ke Najwa ke yang rawat Izzat nanti? “. Tak pasal-pasal Izzat terbaring tengok muka nurse nanti.Tapi kalau Nurse cantik cepat lah Izzat baik.”Bebel Izzat sambil memerhati Najwa “.
“Nanti lunch time je Najwa belanja Izzat okay! Izzat dah breakfast di asrama tadi .Nanti Izzat order banyak biar Najwa tak larat nak Bayar”.sambung Izzat lagi.
                                                                                                               
“Okay Pak Cik, apa aje untuk tuanku.Ampun Tuanku “.Gurau Najwa.

Izzat mendengus geram namun kemarahan nya segera lenyap melihat Najwa yang masih ketawa setelah berhasil mengenakan nya. “Nasib kena ke kau Najwa, aku marah pun tak jadi kalau tengok senyuman kau tu “.Kata-kata itu bermain di benak fikiran sambil memerhatikan gelagat Najwa .Keletihan nya hilang melihat gadis yang disukai nya tersenyum riang kini berada di hadapan nya.


** TO BE CONTINUED ;)

what a stressful Sunday !

heyyyyyyyyy , saya kembali .

bla bla. tak banyak nak story moryyyyyy .
kinda bored .kinda pressure. & banyak ke arah negatif rasanya...
haish ! 
but its okay . 
i love sunday because tommorow is monday !
class bermula lagi :D
practise untuk netball. 
( : i love that one :)


Saturday 2 April 2011

kadang kadang....

kadang-kadang ...

kenangan buat kita sedih..tapi itu yang mengjar kita erti dugaan..

kadang-kadang...

ketawa boleh bertukar duka tapi takpa .. teruskan sahaja..

kadang kadang ..

kita lupa nak simpan bekalan untuk akhirat .. sebab leka lakonan  dunia..

kadang kadang..

kita leka dengan kesenangan seolah olah kesusahan tak pernah ada..

dan kadang kadang.

kita lupa..

kita hidup di dunia hanya sementara :):)