hargai masa ;)

bukan senang untuk kita lupa orang yang kita sayang.bukan senang juga untuk lupa orang yang betul betul kita tak boleh nak lupa.
entri aku kali ni bukan la pasal lelaki .ok ? aku tak berminat nak kupas hal macam tu dh. umur dh meningkat fikiran pun kena ditingkat kan juga. kali ni aku nak kupas tentang masa. tentang insan yang penting juga dalam hidup kita. kawan . ya tentang kawan ;)
alhamdulillah kehidupan aku kembali stabil walaupun pada mula nya goyah .sakit hilang kawan lebih sakit lagi hilang boyfriend . kalau putus cintan cintun aku payah la sangat nak menangis.seriously tengok cerita sedih pun aku tak ada effect. tapi kalau bab macam ni . dengan tak segan silu nya, sebaldi pun boleh aku menangis. aku jenis sayang sangat dengan persahabatan lagi lagi bila memang dah rapat tahap gaban.tuhan saja yang tahu . ya hanya Allah S.W.T maha mengetahui.
senyuman aku sampai ke pipi pun tak semesti nya dalaman aku ikut tersenyum. aku cuma ikut rentak kehidupan. sabar selagi aku masih dapat bersabar ,akan bertahan selagi aku masih mampu bertahan ;) tipu kalau aku cakap aku tak rindu .aku rindu setiap masa yang ada dengan sahabat yang pernah rapat satu masa dahulu dengan aku.tapi atas keputusan dia dan apa yang terbaik untuk dia. aku ikut rentak dia. bukan sebab aku tak sayang persahabatan aku dan dia. tersangat la aku sayang. tapi kita sendiri sedia maklum di mana bermula nya sebuah pertemuan pasti akan hadir nya perpisahan :').
buat insan yang aku gelar sahabat dunia akhirat ,
masa mungkin kita tak dapat nak putar balik. tapi aku harap kau baik baik sahaja. di sana. yang penting kau jaga kesihatan kau . kau jaga diri kau. mungkin tiada aku lagi untuk ingat kan kau , mungkin tiada aku lagi tempat untuk kau luah segala nya .tapi kau jangan lemah . kau harus tabah . aku sentiasa doa yang terbaik untuk kau.aku sayang kan kau dan mana mungkin ada yang ganti tempat kau yang aku gelar kembar dunia akhirat aku. pada mula nya memang aku tersentak bila kau cakap kau tak nak ada connection dengan aku lagi. macam mana pun sikap kau aku tak pernah terfikir mahupun terdetik nak tinggalkan kau. yang ada dalam fikiran aku , aku terima sikap kau apa ada nya dan aku tak kan pernah tinggalkan kau. aku tak nak kau keseorangan.tapi mungkin kehidupan kau akan lebih baik tanpa aku. mungkin. hidup perlukan perubahan dan perubahan itu adalah dengan ketiadaan nya aku. aku pernah rasa kehilangan . dulu aku kehilangan seseorang yang aku gelar taman . dan sakit hilang nya dia memang bukan kepalang. dan kini ya aku kehilangan lagi. aku lemah tapi aku cuba angkat lagi . bangun lagi .
kadang kadang kita terpaksa kehilangan insan yang kita sayang bukan kerana kita ingin kan perpisahan .kerana kita mesti di ajar dengan erti ketabahan . kerana kita manusia . satu saat kita pasti pergi juga.dan aku ? aku masih bertahan selagi aku mampu bertahan . walaupun penyakit aku dah mula sebati dalam diri aku. dah banyak perubahan dalam diri aku yang aku sedar tapi aku malas nak ambil kisah. aku juga rindu diri aku yang sebelum nya. tak payah nak control pemakanan , boleh buat kerja heavy , tahan dengan cuaca tapi kini tidak lagi. last check up dengan doktor dan bulan 3 aku akan dating lagi dengan doktor, sumpah aku dah mula rasa bosan --'
berbalik kepada entri asal.
hargai setiap detik yang kita ada kerana kita tak tahu bila ketiadaan apa yang kita sayang.kalau di putar balik pun tak akan sama macam yang sebelum nya.tutup mata lupakan kesakitan kesedihan yang ada.dan percaya lah..
"setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebalik nya ".
No comments:
Post a Comment