Penat bibir mengutara kata .. ya biar saja jari yang menyusun kata ..
Kadang kadang aku rasa macam nak lempang sahaja mulut yang tak fikir perasaan yang akan terhiris bila mendengar .. kadang aku rasa nak robek sahaja biar mereka tahu langit tinggi mana .. tapi aku tahu semua yang bakal aku laku kan hanya mengikut tindak emosi semata mata..ya tiada guna.. tiada hujung nya .. tiada aman yang ku dapat dan hanya sesalan yang kekal nanti nya.
Aku lebih suka menulis berlapik kan kata yang banyak tersirat di sebalik nya . ya ada yang tak biasa atau ada yang mungkin tak suka tapi itu lah aku .aku Cuma jadi diri aku . blog sebagai sandaran untuk aku meluaskan apa yang terbuku di minda apa yang tersemat di jiwa. Sungguh aku sayang kan dunia sastera sungguh aku cinta indah nya gaya metafora , personifikasi dan sungguh aku terbuai dengan nada melankolik seperti apa yang telah aku pelajari di tingkatan 5 , 3 tahun lalu hampir menjengah usia.. jangka masa yang aku sendiri pun tak sedar sudah hampir lama nya .. aku meninggalkan dunia persekolahan..
Makin aku berdiri teguh mengikut usia , makin banyak ragam manusia yang aku jumpa makin banyak lakonan dunia yang aku kadang tak hadap nak tengok muka mereka .. sampai aku terfikir ini memang manusia akhir zaman ..
Mungkin hilang rasa sayang sesetengah manusia aku rasa.. kalau tak kenapa perlu buang bayi merata rata ..
Mana pergi nya belas kasihan yang mereka ada.. mana hilang nya rasa sayang si bapa dan ibu yang melahirkan mereka..
Terkesima dengan cerita ya hanya menyakitkan telinga yang mendengar tapi apa yang kita mampu buat hanya mendengar hanya meluahkan rasa panas yang membara . ada baik nya kita berdoa bersihkan hati mereka , Ya Allah .
Kasihan bayi yang tak tahu apa apa .
Moga tenang mereka di syurga . amin ya rabbal alamin.

1 comment:
HEHE terima kasih pak joe.. tengah nak berjinak2 lam blog jugak.. yee ade follow.. ada tutorial jugak kan ? nice bloggg pak joe . insyaAllah akan singgah selalu :))
Post a Comment