aku rasa from now on , blog bukan untuk aku cerita apa kisah hidup sebenar aku lagi.
aku hanya akan papar apa minda hati aku kata , apa hati aku mengutara cerita mungkin minat aku terhadap sastera mendalam la sangat :) ok sekian.
AMARAH KU LEPAS SAJA
Biar saja kata itu mencanang minda
Menggenggam jiwa yang kian membara
Ku tertunduk bisu kerana aku sedar aku siapa
Betapa jauh beza kita betapa tinggi kau berdiri
Ku tidak pinta segala apa yang kau ada
Aku bukan lah terleka dengan segala yang tersedia
Yang ku mahu kau buka mata lapangkan dada
Jangan kau fikir kau berkuasa kau bisa bermaharajalela
Ku biarkan amarah ku berleluasa
Ku biarkan petah lidah ku mengutara kata
Memang manusia di lahirkan dengan sifat sabar maha sentiasa
Tapi akan terledak juga kalau terlajak bahasa yang mengutara
Kita punya adab sopan kelembutan tutur kata
Kita dikurniakan senyuman yang mampu menghilangkan penyakit duka
Kenapa kau tegar melempias kata seolah takkan ada perasaan yang terluka
Jangan kau terhanyut leka
Jangan kau rasa kau mampu capai segalanya
Dunia umpama roda kadang kau capai bahagia
Kadang kau menangis berdarah air mata
Sedarlah wahai manusia yang tidak sempurna.
No comments:
Post a Comment