woaaa . hari memang sudah pagi tapi masalah nya mata aku masih degil nak di buai mimpi. jadi ada baik nya blog aku isi dengan apa apa cerita yang ada di kotak hati aku sekarang :)
berbalik kepada caption aku yang ya terang terang aku taip kat atas sana kan . adakala nya kita harus lepaskan orang yang kita sayang dan biarkan mereka bahagia :) ya itu ada benar nya , walau hati kita tergores luka tapi percayalah setiap individu inginkan yang terbaik untuk orang yang mereka betul-betul sayangi.
kenapa aku cakap macam tu? aku pernah mengalami dan sedang mengalami nya. bukan aku mahu jadi mangsa keadaan tapi ada baik nya kita redha . semua yang berlaku pasti ada sebab nya .bohong berbaur dusta kalau aku cakap aku gembira sepenuh nya. sebab kalau aku gembira kenapa aku perlu menangis dan kalau aku suka kenapa aku rasa hati aku macam nak pecah sahaja . tapi abaikan perasaan itu . mainan setan semua nya.
cuma sematkan dalam minda yang Allah tak akan berikan kita duka selamanya , Allah tak akan sanggup melihat kita sedih sentiasa. aku tahu melihat orang yang amat kita sayang bersama dengan orang lain adalah perkara yang amat susah kita lalui dan ia bergantung kepada individu tersebut . mahu terus menunggu atau merelakan . memang bila kita cakap rela , sebenar nya hati kita tidak sepenuh rela tapi kalau sebagai tempoh percubaan itu sudah memadai kerana sekali lagi saya tekan kan , untuk keluar sepenuh nya dr rasa sayang adalah perkara yang agak mustahil untuk dilakukan dalam masa yang singkat.
mungkin Orang yang anda sayang memahami apa yang anda rasa kan tapi biarlah , dia punya pilihan dan kita tiada hak untuk menentukan kebahagiaan mereka sewenang wenang nya. jangan biarkan diri kita dikasihani kerana itu akan menampakkan diri kita lemah tanpa mereka tapi buktikan kita masih mampu tersenyum lebar walaupun kita tahu kita bukanlah orang yang bertuah yang dapat menjaga mereka sentiasa.
dan percaya lah , kalau dia jodoh anda. dia pilih siapa pun masa sekarang , dia bersama siapa pun lama bagaimana pun tetapi kalau memang dia jodoh anda . satu hari dia akan berdiri tetap di hadapan anda. tersenyum penuh makna dan saat itu ucapan syukur Alhamdullilah jangan di lupai kerana Allah mendengari kata hati kita dan itu tanda nya Allah sayang kita.
tetap biarkan mereka bahagia .. jikalau mmg bukan kita ditakdirkan untuk mereka... ;)
No comments:
Post a Comment